Wednesday, 16 October 2013

CALON KETUA BAHAGIAN AMPANG - ISA SAIDI (No.03) - MISI DAN VISI

Sesungguhnya AMPANG memerlukan pemimpin yang menjiwai rakyat dan terbukti berjasa kepada rakyatnya. Kami menemuinya dalam Isa Saidi.





Mohd Isa Bin Mohd Saidi merupakan seorang tokoh calon Ketua Bahagian yang mempunyai wawasan untuk Agama dan Bangsanya di Ampang. Selogan beliau "Agama Didahulukan Bangsa Diutamakan". Wawasan beliau meliputi setiap golongan di Ampang

VISI DAN MISI
CALON NO.03 KETUA UMNO BAHAGIAN AMPANG


PROGRAM TRANSFORMASI UMNO BAHAGIAN AMPANG

1. PELAN PEMERKASAAN ISLAM
Merealisasikan Islam dalam semua bidang cakupan dan meratai seluruh cabang kehidupan

2. PENGUPAYAAN UMNO BAHAGIAN AMPANG
Melestari UMNO di semua peringkat dan tumpuan akan diberikan terhadap UMNO cawangan-cawangan dalam pengupayaan jentera cawangan memainkan peranan utama menghubungkan di antara rakyat akar umbi dengan UMNO

3. PENGANGKATAN MARTABAT BANGSA MELAYU
Mengembalikan maruah dan pemartabatan bangsa Melayu melalui pelbagai metodologi, kaedah dan caragaya sehingga bangsa Melayu menjadi dominan serta key player dalam semua aspek kehidupan

4. PEMUGARAN DAN PELONJAKAN WIBAWA GOLONGAN BELIA
Golongan belia akan dinobatkan sebagai aset terpenting dan dipupuk untuk memainkan peranan proaktif, transformatif dan kredibel bagi meletakkan posisi mereka setaraf pelopor dalam kebangunan bangsa Melayu

5. PEMEKARAN PERANAN WANITA SEBAGAI RAKAN STRATEGIK
Wanita tidak dilihat sebagai sektor suportif tetapi merupakan rakan kongsi yang strategik dengan kaum lelaki sama ada bidang kepemimpinan dan organisasi, ekonomi dan kemandirian, sosial dan keilmuan serta lain-lainnya

6. PEMBESTARIAN ALAM REMAJA
Dunia remaja bukan hanya berligar di sekitar alam fantasi, permainan dan awal kreativiti, tetapi mereka berpotensi untuk melonjak lebih jauh secara dinamik dan progresif melalui alam bina dan suasana yang kondusif pemekaran diri mereka sendiri

7. PENGANGKATAN UPAYA GOLONGAN OKU, MISKIN, GELANDANGAN, TERBIAR DAN TERPINGGIR
UMNO Bahagian akan menyantuni permasalahan mereka secara tuntas sambil membawa mereka menjalani kehidupan normal di dalam arus perdana negara tanpa merasa terbiar, terpinggir dan dikesampingkan

8. PEMERKASAAN RAKAN-RAKAN BARISAN NASIONAL
Memantapkan rangkaian rakan-rakan BN bagi mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi PRU 14. Kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan sering dilaksanakan bersama bagi mewujudkan rakan kongsi strategik untuk mengembalikan keyakinan rakyat

Wednesday, 10 July 2013

SALAM RAMADHAN 2013

Selamat Menyambut dan Beribadah dengan penuh ghairah di bulan mulia Ramadhan ini. Semoga jiwa murni dan kasih mengasihi yang terbentuk pada Ramadhan kali ini dapat kita kekal dan sebarkan lagi sehingga Ramadhan seterusnya.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana hambamu ini masih diberi peluang untuk menikmati Ramadhan tahun ini dan juga berpeluang menjadikan ia lebih elok, lebih bermanfaat dari Ramadhan yang lepas.


Saturday, 18 May 2013

Isu Perlantikan Datuk Mary Sebagai Timbalan Menteri Pelajaran


1. Pakatan Rakyat telah memperbesarkan isu perlantikan Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran, dan cuba menggambarkan bahawa pentadbiran PM Najib beragenda untuk mengkristianisasikan para pelajar.

Propaganda jahat ini sangat tidak bertanggungjawab dan berunsur cuba menipu memperdayakan rakyat jelata dan ingin mencetuskan provokasi keagamaan.

2. Umum mengetahui, sejak sebelum merdeka lagi, sekolah mubaligh telah wujud di negara kita Malaysia, iaitu sekolah-sekolah seperti :
a. Convent
b. St John
c. Victoria Instituion
dll....

3. Datuk Mary yang mempunyai latar belakang akademik dan pengajian yang luas adalah Presiden Persatuan Sekolah-sekolah Mubaligh Malaysia, dan tidak menjadi rahsia bahawa terdapat pelbagai bangsa yg bersekolah di sekolah tersebut termasuk bangsa Melayu umat Islam .

Walaupun sekolah sekolah tersebut adalah sekolah mubaligh, pelajar tidak pun diajar dengan silibus keagamaan kristian dan sebagainya , silibus pelajaran sekolah tersebut dikawal Kerajaan Malaysia dan tidak berunsur sekolah keagamaan.

4. Datuk Mary berasal daripada Sabah, dan kita tahu bahawa di Sabah dan Sarawak , majoriti rakyatnya adalah beragama kristian. Begitu juga di Semenanjung Malaysia, terdapat ramai murid bukan islam ataupun yang beragama kristian dalam hampir semua sekolah.

Rakyat Sabah dan Sarawak telah mengundi BN untuk membentuk kerajaan, dan kita tahu, antara isu yang mereka mahu kerajaan berikan penekanan dan perhatian ialah soal pendidikan, seperti mana masyarakat Cina menuntut hak pendidikan melalui Suqui dan Dong Ziao Tong.

5. Atas sebab keperluan untuk memberi perhatian dan tindakan yang perlu kepada masyarakat Kristian Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak, seorang timbalan menteri daripada kalangan mereka wajar dilantik menganggotai kabinet pentadbiran PM Najib.

6. Perlantikan Datuk Mary sbg Timbalan Menteri di Kementerian Pelajaran untuk menjaga hal ehwal mereka amat perlu dan dan wajar memandangkan ia satu keperluan rakyat dari kumpulan tersebut.

7. Kuasa timbalan menteri tidak diperuntukkan untukmeluluskan apa jua cadangan dalam silibus pendidikan negara , malah menteri pelajaran juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menetapkan sesuatu silibus dalam sistem pendidikan negara.

Majlis Pendidikan Negara dan Kabinet dan Parlimen sahaja yang mempunyai hak dan kuasa mutlak untuk menetapkan dan menentukan pewartaan sesuatu silibus dalam sistem pelajaran pendidikan negara.

8. Oleh itu , kita sebagai rakyat, harus meneliti perkara ini dengan matang dan tidak perlu mengikut, mendengar dan mempercayai dakyah dan provoksai pembangkang berkaitan perkara ini, kerana tujuan mereka semata-mata hendak merosak keharmonian negara.

Sekian


Oleh itu saya berharap sangat agar rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perdamaian dapat menilai yang mana kritikan ikhlas yang membina, dan yang mana propaganda jahat untuk kepentingan peribadi.