Sunday 18 November 2012

Mana Mungkin Kita Rela Raja Gimik Jadi PM

Sama sekali tidak.

Sedangkan PAS sendiri tidak sanggup melihat Anuar Ibrahim jadi PM dan membiarkan Tok Guru mereka Hadi Awang terus menerus jadi khaddam. Tetapi apakan daya, mereka tiada kekuatan di peringkat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Tiada kekuatan tawar menawar. Sekadar penumpang. Sering diperolokkan oleh DAP dan PKR. Tetapi ahli PAS lah yang selalunya menjadi khaddam dalam apa jua program Pakatan Rakyat. 

Kalau Presiden nak jadi khaddam, ahli pun terpaksalah juga jadi pencacai khaddam. Fiqh al-Taat. Kecuali beberapa kerat.

Aduhai.....  apa nak buat, sudah terikat dengan Pakatan. Ditelan pahit, dibuang sayang. Dah dekat sangat. Hanya setengah langkah sahaja lagi ke Putrajaya. 

Saya sokong saranan ahli PAS untuk Hadi Awang menjadi PM dan menolak Anwar, sekira menang PRU13. Sebenarnya dalam diam ramai ahli PAS yang tak suka Anwar. Baca sini. Sebab itu bila cadangan itu diberi, bersorak dewan menyokong. Termasuk Muslimat juga. Kecuali beberapa kerat. 

Saya nak ulang kembali satu detik yang menyedarkan ramai orang terutama rakyat marhaen untuk menolak Anwar Ibrahim.  

Inilah gimik yang membuatkan ramai termasuk ahli PAS yang ingin lari dari PKR dan Pakatan Rakyat.



Masih ingat kes Liwat 2?
 
Masih ingat Anwar mencanangkan dengan penuh yakin pada rakyat Malaysia yang dia ada saksi alibi yang akan mematahkan pendakwaan dan membebaskan dia. Bukan satu, bukan dua. Malahan ada 10 saksi alibi. Jaminan 100%, alibi ada, pendakwaan pasti tumpas.
 
Untuk makluman, saksi alibi adalah sangat kuat dalam sesebuah kes mahkamah. Jika pada waktu tersebut, Anwar berada di unit kondominium yang berlainan dari yang tersebut dalam kes, dan dia ada saksi alibi, ini sudah cukup mematahkan keterangan dari hanya seorang pendakwa atau mangsa kes.
 
Saksi alibi ini termasuk isteri Anwar sendiri, Dr Wan Azizah, pemilik kondominium itu, Hasanuddin Abdul Hamid; bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem; pegawai bank Deutsche Bank(M) Bhd., Raymond Yeoh Cheng Seong dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Omar Malek Ali Merican. Campur lagi 4-5 orang pembantu rumah, pemandu dan lain-lain.
 
Namun, keganjilan berlaku berlaku di mana tiada seorang pun antara saksi alibi ini yang hadir memberi keterangan sebagai saksi di mahkamah. Ya, termasuk Dr Wan Azizah, dia pun tak sanggup nak tolong Anwar sebagai saksi alibi. 
 
Jaminan taik kucing!

Ini sudah jelas dan nyata kebohongan Anwar yang tidak boleh terampun lagi. Satu Malaysia dikencingnya. Nah, jelas bukan. Masih lagi mahu bersekongkol dengan manusia macam ini?
 
Bersumpah semata-mata untuk menjaga kesucian dan maruah diri pun dia tak sanggup, inikan pula mempertahankan agama, bangsa dan tanahair.


 
 
 
 
 

Tuesday 13 November 2012

Nak Selamatkan Nurul Izzah, Dewan Ulamak PAS Kata Nurul Budak-Budak

Sebenarnya, sudah malas sangat nak layan kes Nurul 'berdakwah' di gereja ini.

Sekarang ini pula, Dewan Ulamak PAS minta rakyat maafkan Nurul kerana dia masih budak-budak dan ilmu Islamnya tak tinggi. Tak percaya, lihat sini.



Saya kira ini ayat penyelamat untuk Nurul tetapi Datuk Harun Taib, selaku Ketua Dewan Ulamak, telah meletakkan dirinya berhadapan dengan segala bentuk kritikan dan bidasan dari Pakatan Rakyat, terutama puak DAP dan penganut Islam liberal. Murni sungguh hati Harun Taib. Mengorbankan dirinya demi menyelamatkan nyawa Pakatan Rakyat.

Seorang demi seorang pemimpin PAS telah mengeluarkan kenyataan bersabit kes ini.

Hampir semua melindungi Nurul, paling tidak pun mengatakan 'perlu siasat dahulu' atau 'ini putar belit' dan juga 'ini perkara kecil, kita ada tugas besar menghadapi PRU 13 yang akan datang bila-bila masa sahaja'. Ramai juga yang 'play safe' biar dengar dahulu penjelasan dari Nurul.

Ok, berbalik kepada Datuk Harun. Dia minta rakyat maafkan Si Nurul mentah ini.

Sebagai bangsa Melayu, kita mudah sangat untuk memaafkan kesalahan orang lain pada kita. Tiada masalah, sudah menjadi budaya dan adat kita memaafkan kesalahan. Kecuali yang berat-berat, yang tidak termaaf.

Masalahnya, Nurul merasakan dia tidak bersalah, malah tersangat-sangatlah benar. Dia merasakan tidak perlu nak minta maaf. Kes apa? Dia masih berpegang teguh pada kenyataannya yang tidak ada cacat cela. No issue Ok! You misunderstood me!

Jadi, kepada Datuk Harun, apa yang nak kami maafkan? Nurul bukan nak minta maaf, malah minta nyawa lagi, awal-awal lagi Muslimat PAS sudah menyokongnya. Kalau Nurul jahil, kurang berilmu, bagaimana pula dengan Muslimat PAS yang sudah tentu-tentunya berilmu penuh di dada. Adakah ini satu lagi kes 'Si Jahil memperbodohkan Si Pandai'?

Takbir!!

Rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat melaungkan mesti menyokong Nurul Izzah. Demi kuasa. Demi 'survival' politik. Tidak kira apa pun alasannya; jahil ke, mentah ke, hingusan ke, tersasul ke, terlepas cakap ke, ter'konfius' ke, terbelit leher sendiri ke, terbodoh ke, terkena 'mental stroke' ke, Nurul mesti dipertahankan. Naib Presiden PKR tuu....

Malang lagi buat Datuk Harun Taib. Dalam sebuah parti yang "segala-galanya mesti Islam"seperti PAS ini, Ketua Ulamaknya dipandang sebelah mata. Rakan-rakan politiknya yang tidak fasih dan masih keliru tentang ilmu Islam dijulang dan dimertabatkan. Aduhai!

Akhir sekali, kesalahan apapun disebabkan masih kebudakan, kecuaian atau kejahilan pasti boleh saya maafkan. Tetapi memilih untuk terus tetap dalam kejahilan, apalagi dengan bongkak dan sombong, dan atas nama politik....... ini saya tidak termampu nak maafkan.








Monday 5 November 2012

Penjelasan Yang Kabur Dari Nurul Izzah

Mesej apa sebenarnya yang Nurul Izzah hendak sampaikan apabila berkata:
  1. "Tiada desakan dalam beragama... mana boleh sesiapa kata "maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan melayu sahaja", ia seharusnya dilaksanakan sama rata."
  2. "Kita tidak boleh memaksa orang lain untuk menganut sesuatu agama, dan ini sepatutnya dilaksana untuk orang Melayu juga."
  3. Dan menambah dia berpegang pada pendirian umum sedia ada (setelah masuk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam).
 - Jawapan Nurul izzah ketika sesi soal jawab dalam Forum bertajuk "Islamic State: Which Version; Who's Responsibility?" di Gereja Full Gospel, Subang Jaya. Lihat sini.

Terdapat kecelaruan dan kontradiktori dalam kenyataan no. 1 + 2 dan kenyataan 3.

Tetapi dengan kenyataan itu,orang bukan Islam yang tidak faham Al-Quran langsung mengangkat Nurul sebagai negarawan, demokrat dan pemimpin yang berfikiran luas. Bakal Perdana Menteri Malaysia. Poodah! 

Seolah-olah Nurul menjadi jurucakap mereka, kerana hanya paderi dan orang bukan Islam yang gemar jawapan macam ini.

Tujuan dan niat mereka walau terselindung, sangat jelas. Kita sepatutnya tidak kompromi dalam hal ini demi menjaga kesuciaan dan ketinggian agama Islam. Tajuk forum pun dah salah dari segi nahunya. Tiada who's resposibility dalam Inggeris, kecuali Inggeris ciptaan Pakatan Rakyat.

Dalam penjelasan Nurul Izzah, dia mendakwa ada percubaan memutarbelitkan kenyataannya seolah-olah dia meremehkan soal akidah dan dia mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Siapa sebenarnya yang nak putar belit siapa sekarang ni. Ini bukan percubaan nak putar belit kenyataan dia. Dia sendiri yang terbelit. Maksud kenyataan Nurul amat jelas, tetapi dia cuba tutup pula dengan kenyataan no.3. Langkah keselamatan. Safety First OK.

Malangnya ayat-ayatnya bercanggah.

Puak bukan islam pun nak tarik undi, yang orang islam pun nak dapatkan undi.

Mempermainkan Islam untuk dapatkan undi, mempergunakan Islam untuk pertahankan undi.

Kalau ayat bercanggah bermakna yang bercakap itu tidak stabil. Dia keliru. Hanya orang gila je yang undi orang tak stabil macam Nurul ni.

Membongkar Sandiwara Nurul Izzah.

No.1 dan no. 2 bercanggah dengan no.3. Ini jelas bagi mereka yang berfikiran waras dan tidak mengalami sindrom sakit otak. Percanggahan yang jelas dari segi Syariat.

Ayat 1 bermaksud kebebasan agama harus untuk semua, sama rata. Dia menyatakan orang Melayu (yang sememangnya Islam) tidak bebas dan terikat dengan Islam (kerana faktor kelahiran). Jadi, orang Melayu seharusnya diberi kebebasan untuk menganut mana-mana agama pilihannya.

Adakah anak-anak Melayu ini tidak beragama? Belum mempunyai agama? 

Kalau belum, ayat Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 256 yang dipetik oleh Nurul Izzah dalam penjelasannya, terpakai. Jadi, mereka ini sudah Islam atau belum? Adakah mereka ini tidak kenal Allah SWTsebagai Tuhan dan tidak kenal Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul?

Itupun ada sedikit kelonggaran dalam terjemahan ayat. Malah, menurut banyak Ulamak, Ad-Din dalam ayat itu bermakna Islam. 

Kalau sudah, ini termasuk kes murtad.

Kenyataan no. 2 pula bererti orang Melayu dipaksa mengikut dan menganut Islam. Ayat no. 2 ini sama maksudnya dengan no.1 tapi dipandang dari sudut yang lain. Di sini, Nurul Izzah cuba jelaskan yang ada lagi agama-agama lain yang boleh dianuti oleh orang Melayu. Dia mengiktiraf agama-agama lain yang sama dengan Islam.

Kita semua faham ada agama lain, dan mereka bebas dalam beragama. Tiada masalah. Ini tidak bermakna kita harus juga mengakui ada agama lain yang setaraf atau sebaik Islam. Ini bercanggah dengan ayat Al-Baqarah 256 tadi. 

Nurul ini faham atau tidak antara kebenaran dan kesesatan yang dimaksudkan dalam ayat Al-Quran itu. Tolonglah rujuk dulu dengan ulamak-ulamak muktabar dan sheikhul islam dalam PAS tu. Jangan semberono.

Ayat no. 3 yang benar. Tiada masalah di sini. Sudah jelas murtad adalah satu kesalahan jenayah dalam syariat Islam.

Kesimpulan dari kebebalan dan/atau sandiwara Nurul adalah seperti berikut:

1. Dia mempertikaikan keIslaman anak-anak Melayu yang jelas Islamnya dalam Perlembagaan. Dia menyatakan mereka ini belum beragama apabila menggunakan ayat Al-Baqarah 256 itu tadi, kerana jelas ayat Al-Quran itu merujuk pada memaksa orang lain memeluk agama Islam, dan bukannya orang Islam keluar Islam.

2. Dia pendokong pluralisme yang menyamaratakan semua agama di dunia ini. Pluralisme berpandukan hak asasi kemanusiaan untuk kebebasan individu dalam beragama dan kebebasan agama dalam beragama. Adakah agama lain yang boleh dianuti selain Islam wahai Nurul? Sila jawab sebagai Islam tulen, bukan Islam pluralisme.

3. Nurul Izzah hilang pertimbangan mengenai Perlembagaan Persekutuan. Antara yang berkaitan adalah Perkara 3(1), Perkara 11(4) dan Perkara 12. Apakah YB Nurul berniat memasuhkan Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan?

Mana boleh dia kata sesuatu dan kemudian mengatakan sesuatu yang menafikan maksud yang awal tadi. Sebagai contoh; Nurul Izzah kata dia suka makan nasi lemak. Lepas itu dia menambah lagi yang dia benci santan. Ada logika kah?

Walhal nasi lemak mengandungi santan, itulah yang termaktub dalam definisi asli nasi lemak.

Kecuali dia sakit mental dan pengamal pluralisme mengatakan nasi ayam pun nasi lemak juga. Sama juga. Nasi juga. Nasi ayam pun ada lemak ma..

Atau dia seorang mujtahid yang mengatakan nasi lemak tak perlu pakai santan, boleh pakai lemak kambing. Orang macam ni memang ramai yang suka dan sokong. Senang hidup. 

Seperti dalam agama, memang ada agama baru atau agama Islam yang dipermodenkan dengan bidaah. Ya, Islam juga namanya, Islam Pluralisme. Tetapi mengaku islam, pluralisme dia tak nak mengaku.

Dalam banyak isu yang cuba disensasikan oleh Pakatan Rakyat, nampak jelas dan terserlah kebodohan dan kejelekan pemimpin-pemimpinnya. Politik semberono, main tangkap muat. Berkata dahulu, berfikir kemudian. Rajin sikit, rujuk dan tanya. Lindunglah sikit kebodohan itu.

Kononnya hebat, walhal musibat.

Kononnya kukuh, walhal lumpuh.

Bila bercakap pasal Islam, seolah-olah sebagai jurucakap Tuhan, ada mandat dan surat kuasa dari Allah SWT.

Bila bercakap soal rasuah, lebih sudu dari kuah. Seolah-olah diri sendiri suci bersih.

Bila cakap pasal kroni, ini yang ironinya. Paku dulang, paku serpih!

Bila cakap hak asasi, hak asasi ala barat yang diagungkan, hak asasi Islam dianggap basi. Hak asasi ala SUARAM berbeza dengan hak asasi Islam.