Wednesday 16 October 2013

CALON KETUA BAHAGIAN AMPANG - ISA SAIDI (No.03) - MISI DAN VISI

Sesungguhnya AMPANG memerlukan pemimpin yang menjiwai rakyat dan terbukti berjasa kepada rakyatnya. Kami menemuinya dalam Isa Saidi.





Mohd Isa Bin Mohd Saidi merupakan seorang tokoh calon Ketua Bahagian yang mempunyai wawasan untuk Agama dan Bangsanya di Ampang. Selogan beliau "Agama Didahulukan Bangsa Diutamakan". Wawasan beliau meliputi setiap golongan di Ampang

VISI DAN MISI
CALON NO.03 KETUA UMNO BAHAGIAN AMPANG


PROGRAM TRANSFORMASI UMNO BAHAGIAN AMPANG

1. PELAN PEMERKASAAN ISLAM
Merealisasikan Islam dalam semua bidang cakupan dan meratai seluruh cabang kehidupan

2. PENGUPAYAAN UMNO BAHAGIAN AMPANG
Melestari UMNO di semua peringkat dan tumpuan akan diberikan terhadap UMNO cawangan-cawangan dalam pengupayaan jentera cawangan memainkan peranan utama menghubungkan di antara rakyat akar umbi dengan UMNO

3. PENGANGKATAN MARTABAT BANGSA MELAYU
Mengembalikan maruah dan pemartabatan bangsa Melayu melalui pelbagai metodologi, kaedah dan caragaya sehingga bangsa Melayu menjadi dominan serta key player dalam semua aspek kehidupan

4. PEMUGARAN DAN PELONJAKAN WIBAWA GOLONGAN BELIA
Golongan belia akan dinobatkan sebagai aset terpenting dan dipupuk untuk memainkan peranan proaktif, transformatif dan kredibel bagi meletakkan posisi mereka setaraf pelopor dalam kebangunan bangsa Melayu

5. PEMEKARAN PERANAN WANITA SEBAGAI RAKAN STRATEGIK
Wanita tidak dilihat sebagai sektor suportif tetapi merupakan rakan kongsi yang strategik dengan kaum lelaki sama ada bidang kepemimpinan dan organisasi, ekonomi dan kemandirian, sosial dan keilmuan serta lain-lainnya

6. PEMBESTARIAN ALAM REMAJA
Dunia remaja bukan hanya berligar di sekitar alam fantasi, permainan dan awal kreativiti, tetapi mereka berpotensi untuk melonjak lebih jauh secara dinamik dan progresif melalui alam bina dan suasana yang kondusif pemekaran diri mereka sendiri

7. PENGANGKATAN UPAYA GOLONGAN OKU, MISKIN, GELANDANGAN, TERBIAR DAN TERPINGGIR
UMNO Bahagian akan menyantuni permasalahan mereka secara tuntas sambil membawa mereka menjalani kehidupan normal di dalam arus perdana negara tanpa merasa terbiar, terpinggir dan dikesampingkan

8. PEMERKASAAN RAKAN-RAKAN BARISAN NASIONAL
Memantapkan rangkaian rakan-rakan BN bagi mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi PRU 14. Kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan sering dilaksanakan bersama bagi mewujudkan rakan kongsi strategik untuk mengembalikan keyakinan rakyat

No comments:

Post a Comment



Your Feedback Is Always Appreciated.

Please do not spam, spam comments will be deleted immediately upon my review.

Regards

Mikka Adam
Back To Home