Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Wednesday, 24 April 2013

BN Komited Majukan Perak Tengah Sebuah Bandar Ilmu: DS Zambry

BARISAN Nasional (BN) komited untuk menerajui kemajuan di Perak Tengah dan menjadikannya sebuah Bandar Ilmu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Menurutnya, dua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sudah beroperasi di Perak Tengah iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Dalam pelan baharu, kita merancang menjadikan Perak Tengah sebuah Bandar Ilmu terkemuka, bukan sahaja di Perak, malah di peringkat antarabangsa.

“Kini, terdapat beberapa permohonan dikemukakan untuk membangunkan universiti di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pejabat Kesihatan Perak Tengah di Seri Iskandar, dekat Parit bernilai RM8.28 juta hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Dr. Zambry berkata, pembukaan Lebuhraya Pantai Barat, bermula dari Banting, Selangor ke Changkat Jering, Taiping, dijangka membawa kemajuan dan limpahan sosioekonomi yang besar di Perak Tengah.

“Harapan saya agar Perak Tengah terus maju pada masa akan datang. Pelbagai rancangan telah lakukan agar penduduk terus merasai nikmat pembangunan. Oleh itu, saya berharap penduduk di sini akan terus memberi sokongan kepada BN pada Pilihan Raya Umum kali ini,” katanya.

Menurutnya, BN telah terbukti membawa pembangunan pesat di Perak, khususnya di Perak Tengah, menerusi pelbagai kemudahan infrastruktur.

“Kita bukan sekadar cakap-cakap sahaja, sebaliknya kita merancang dan menunjukkan kemampuan untuk membuat yang terbaik.

“Mungkin kita (BN) ada kekurangan, kita sedia membetulkannya,” katanya.

Sunday, 2 December 2012

Institusi Umno akan ditubuh segera, kata Najib - Politik - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebuah institusi Umno akan ditubuhkan bagi mengukuhkan Umno sebagai satu entiti pada masa hadapan.

Presiden Umno itu menegaskan pengukuhan sesebuah organisasi seperti Umno dalam abad ke-21 akan bertunjangkan kekuatan minda.

"Dengan kekuatan minda kita akan mempunyai ilmu yang lebih unggul, lebih hebat untuk lawan orang lain sebab itu kita perlukan institusi ini," katanya ketika menggulung perbahasan pada sesi penutupan Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini hari ini.
 
Institusi Umno akan ditubuh segera, kata Najib - Politik - Sinar Harian