Friday, 21 December 2012

PUISI CINTA DATANG LAGI





( Rilek sat, jangan tension dan terlampau stress, terutama di pagi Jumaat yang mulia ini)



Cinta datang lagi
Mencari pencinta yang sejati
Adakah masih ada..
Sesuci cinta Ilahi

Cinta datang lagi
Tetapi mengapa aku yang lari
Ku renung dalam diri
Adakah ia sudi menanti
Dalam istana hati
Wajah kekasih hati


Ke mana lagi mahu ku lari
Dalam sepi begini
Dicucuk onak berduri
Mengalir air mata tak sanggup ku tahan lagi
Aku tidak mampu...
Menolak hakikat ini
Aku tidak berdaya...
Berlari lagi

Walau di mana aku berdiri
Walau ke mana mata ku layari
Walau hati ini ditusuk besi
Walau jasad ini di pukul beluti
Aku tidak berdaya...
Berlari lagi....
Dari cinta sejati

Cinta datang lagi
Dalam gelombang kasih
Cinta datang lagi
Dalam gelombang rindu

Malam ini aku begini lagi
Esok apakan jadi
Namun aku pasti
Sepasti kalimat firman Ilahi
Di alam Rabbani
Selagi aku terus mengabdi
Walau merangkak, berjalan atau berlari
Selagi jiwa masih di ikat tali
Walau terkontang-kanting di hujung jari
Ya, namun aku pasti..
Cinta akan datang lagi.

Cinta datang lagi
Dan aku sudah di pintu
Dan ku buka seluas-luasnya
Sebelum sempat cinta menghadir diri.

Sunday, 2 December 2012

Institusi Umno akan ditubuh segera, kata Najib - Politik - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebuah institusi Umno akan ditubuhkan bagi mengukuhkan Umno sebagai satu entiti pada masa hadapan.

Presiden Umno itu menegaskan pengukuhan sesebuah organisasi seperti Umno dalam abad ke-21 akan bertunjangkan kekuatan minda.

"Dengan kekuatan minda kita akan mempunyai ilmu yang lebih unggul, lebih hebat untuk lawan orang lain sebab itu kita perlukan institusi ini," katanya ketika menggulung perbahasan pada sesi penutupan Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini hari ini.
 
Institusi Umno akan ditubuh segera, kata Najib - Politik - Sinar Harian





Sunday, 18 November 2012

Mana Mungkin Kita Rela Raja Gimik Jadi PM

Sama sekali tidak.

Sedangkan PAS sendiri tidak sanggup melihat Anuar Ibrahim jadi PM dan membiarkan Tok Guru mereka Hadi Awang terus menerus jadi khaddam. Tetapi apakan daya, mereka tiada kekuatan di peringkat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Tiada kekuatan tawar menawar. Sekadar penumpang. Sering diperolokkan oleh DAP dan PKR. Tetapi ahli PAS lah yang selalunya menjadi khaddam dalam apa jua program Pakatan Rakyat. 

Kalau Presiden nak jadi khaddam, ahli pun terpaksalah juga jadi pencacai khaddam. Fiqh al-Taat. Kecuali beberapa kerat.

Aduhai.....  apa nak buat, sudah terikat dengan Pakatan. Ditelan pahit, dibuang sayang. Dah dekat sangat. Hanya setengah langkah sahaja lagi ke Putrajaya. 

Saya sokong saranan ahli PAS untuk Hadi Awang menjadi PM dan menolak Anwar, sekira menang PRU13. Sebenarnya dalam diam ramai ahli PAS yang tak suka Anwar. Baca sini. Sebab itu bila cadangan itu diberi, bersorak dewan menyokong. Termasuk Muslimat juga. Kecuali beberapa kerat. 

Saya nak ulang kembali satu detik yang menyedarkan ramai orang terutama rakyat marhaen untuk menolak Anwar Ibrahim.  

Inilah gimik yang membuatkan ramai termasuk ahli PAS yang ingin lari dari PKR dan Pakatan Rakyat.



Masih ingat kes Liwat 2?
 
Masih ingat Anwar mencanangkan dengan penuh yakin pada rakyat Malaysia yang dia ada saksi alibi yang akan mematahkan pendakwaan dan membebaskan dia. Bukan satu, bukan dua. Malahan ada 10 saksi alibi. Jaminan 100%, alibi ada, pendakwaan pasti tumpas.
 
Untuk makluman, saksi alibi adalah sangat kuat dalam sesebuah kes mahkamah. Jika pada waktu tersebut, Anwar berada di unit kondominium yang berlainan dari yang tersebut dalam kes, dan dia ada saksi alibi, ini sudah cukup mematahkan keterangan dari hanya seorang pendakwa atau mangsa kes.
 
Saksi alibi ini termasuk isteri Anwar sendiri, Dr Wan Azizah, pemilik kondominium itu, Hasanuddin Abdul Hamid; bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem; pegawai bank Deutsche Bank(M) Bhd., Raymond Yeoh Cheng Seong dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Omar Malek Ali Merican. Campur lagi 4-5 orang pembantu rumah, pemandu dan lain-lain.
 
Namun, keganjilan berlaku berlaku di mana tiada seorang pun antara saksi alibi ini yang hadir memberi keterangan sebagai saksi di mahkamah. Ya, termasuk Dr Wan Azizah, dia pun tak sanggup nak tolong Anwar sebagai saksi alibi. 
 
Jaminan taik kucing!

Ini sudah jelas dan nyata kebohongan Anwar yang tidak boleh terampun lagi. Satu Malaysia dikencingnya. Nah, jelas bukan. Masih lagi mahu bersekongkol dengan manusia macam ini?
 
Bersumpah semata-mata untuk menjaga kesucian dan maruah diri pun dia tak sanggup, inikan pula mempertahankan agama, bangsa dan tanahair.