Saturday 18 May 2013

Isu Perlantikan Datuk Mary Sebagai Timbalan Menteri Pelajaran


1. Pakatan Rakyat telah memperbesarkan isu perlantikan Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran, dan cuba menggambarkan bahawa pentadbiran PM Najib beragenda untuk mengkristianisasikan para pelajar.

Propaganda jahat ini sangat tidak bertanggungjawab dan berunsur cuba menipu memperdayakan rakyat jelata dan ingin mencetuskan provokasi keagamaan.

2. Umum mengetahui, sejak sebelum merdeka lagi, sekolah mubaligh telah wujud di negara kita Malaysia, iaitu sekolah-sekolah seperti :
a. Convent
b. St John
c. Victoria Instituion
dll....

3. Datuk Mary yang mempunyai latar belakang akademik dan pengajian yang luas adalah Presiden Persatuan Sekolah-sekolah Mubaligh Malaysia, dan tidak menjadi rahsia bahawa terdapat pelbagai bangsa yg bersekolah di sekolah tersebut termasuk bangsa Melayu umat Islam .

Walaupun sekolah sekolah tersebut adalah sekolah mubaligh, pelajar tidak pun diajar dengan silibus keagamaan kristian dan sebagainya , silibus pelajaran sekolah tersebut dikawal Kerajaan Malaysia dan tidak berunsur sekolah keagamaan.

4. Datuk Mary berasal daripada Sabah, dan kita tahu bahawa di Sabah dan Sarawak , majoriti rakyatnya adalah beragama kristian. Begitu juga di Semenanjung Malaysia, terdapat ramai murid bukan islam ataupun yang beragama kristian dalam hampir semua sekolah.

Rakyat Sabah dan Sarawak telah mengundi BN untuk membentuk kerajaan, dan kita tahu, antara isu yang mereka mahu kerajaan berikan penekanan dan perhatian ialah soal pendidikan, seperti mana masyarakat Cina menuntut hak pendidikan melalui Suqui dan Dong Ziao Tong.

5. Atas sebab keperluan untuk memberi perhatian dan tindakan yang perlu kepada masyarakat Kristian Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak, seorang timbalan menteri daripada kalangan mereka wajar dilantik menganggotai kabinet pentadbiran PM Najib.

6. Perlantikan Datuk Mary sbg Timbalan Menteri di Kementerian Pelajaran untuk menjaga hal ehwal mereka amat perlu dan dan wajar memandangkan ia satu keperluan rakyat dari kumpulan tersebut.

7. Kuasa timbalan menteri tidak diperuntukkan untukmeluluskan apa jua cadangan dalam silibus pendidikan negara , malah menteri pelajaran juga tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menetapkan sesuatu silibus dalam sistem pendidikan negara.

Majlis Pendidikan Negara dan Kabinet dan Parlimen sahaja yang mempunyai hak dan kuasa mutlak untuk menetapkan dan menentukan pewartaan sesuatu silibus dalam sistem pelajaran pendidikan negara.

8. Oleh itu , kita sebagai rakyat, harus meneliti perkara ini dengan matang dan tidak perlu mengikut, mendengar dan mempercayai dakyah dan provoksai pembangkang berkaitan perkara ini, kerana tujuan mereka semata-mata hendak merosak keharmonian negara.

Sekian


Oleh itu saya berharap sangat agar rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perdamaian dapat menilai yang mana kritikan ikhlas yang membina, dan yang mana propaganda jahat untuk kepentingan peribadi.


2 comments:

  1. aku dulu belajar sekolah mubaligh jugak tak ada pun dia ajar pasal kristianniti.....Islam aku masih, iman aku masih, melayu aku pun masih menebal...bersekolah di sekolah tu membuatka aku tahu erti hidup bermasyarakat kenal agama orang lain...bergaul denga pelbagai bangsa dan agama ...aku pun hera jugak dengan orang Malaysia ni..cepat percaya kepada sumber yang bukan2 tapi fakta tak nak pula percaya

    ReplyDelete
  2. Aku sekolah rendah dan menengah di s.r methodist dan s.m methodist prt buntar perak..ustaz dgn ustazah berlambak2 kat sana tkda mslh pun.kami selalu buat usrah dgn bacaan yasin lps sekolah pentadbir sek tk pernah menghalang malah dpt sponsor mkn lg.

    ReplyDelete



Your Feedback Is Always Appreciated.

Please do not spam, spam comments will be deleted immediately upon my review.

Regards

Mikka Adam
Back To Home