Saturday 29 September 2012

Bajet 2013: Manis Walaupun Tanpa Gula

Bajet 2013 yang baru sahaja dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri petang tadi tidak menjanjikan bulan, bintang, cakerawala mahupun syurga.


Ia tidak menghapuskan pinjaman PTPTN.

Ia tidak mengurangkan harga petrol sebanyak RM1 seliter.

Ia tidak mampu mengubah keadaan kewangan sesiapapun dalam sekelip mata.

Ramai yang tersenyum, ramai juga yang merungut.

Merungut kerana subsisi gula dikurangkan, kali ini sebanyak 20 sen sekilogram. Maknanya harga gula akan naik 20 sen. Kepada penggemar gula tegar, saya turut merasai kesedihan anda. Anda boleh minta bantuan jiran-jiran anda untuk memberi sedikit gula untuk menggantikan gula yang tidak mampu anda beli akibat kenaikan harga gula itu. Saya yakin ramai dari mereka lebih dari sudi untuk membantu. Kerana ramai yang menjaga pemakanan dan kesihatan mereka.

Anda juga tidak perlu risau ketika minum di warung atau restoran. Pesanlah minuman anda dengan mengatakan 'gula kasi lebih!' kerana saya yakin dalam sepuluh orang yang memesan minuman, lima akan meminta minuman 'kurang manis'.

Sebenarnya pasal gula ini, tiada sebab untuk merungut. Cumanya manusia spesis ini akan tetap merungut kerana mereka ini adalah perungut tegar. 

Apa lagi yang mereka rungutkan?

Oh ya, mereka merungut kerana ini adalah bajet pilihanraya, bajet nak pikat undi. Saya cuma ingin katakan kalaulah ini bajet pilihanraya atau bajet panik maka sudah pasti bajet ini akan menghapuskan hutang PTPTN, mengurangkan harga petrol sehingga RM1 seliter, menambah subsidi gula sehingga harga gula jatuh serendah RM0.50 sekilogram.

Atau yang paling terbaik dan sangat berkesan ialah membantu membayar semua hutang-hutang kereta atau rumah untuk semua rakyat Malaysia yang sudah tertunggak melebihi 3 bulan . Bajet macam ini pasti menang punya itu PRU13. Tak gitu? 

Yang penting bajet ini mengandungi banyak kemudahan, insentif, bantuan kewangan, dan peluang bagi mereka yang manis di hati mereka. Mereka ini tidak terbawa-bawa untuk sentiasa sibuk mencari kesalahan orang lain. Mereka ini tidak terpedaya dengan hasutan dan kebencian dari orang yang masam di hati mereka............ walaupun pelbagai gula dan manisan diberikan, hati mereka tetap masam.

No comments:

Post a Comment



Your Feedback Is Always Appreciated.

Please do not spam, spam comments will be deleted immediately upon my review.

Regards

Mikka Adam
Back To Home