Friday 5 October 2012

Cakap Tak Serupa Bikin, Bikin Tak Serupa Cakap.

Perihal projek RAPID Pengerang lagi. Dulu cakap lain, sekarang cakap lain.

Dalam posting saya yang lepas Pengerang RAPID: Hipokrit Tertinggi Pakatan Rakyat ada menyatakan bahawa penduduk Pengerang telah dihasut oleh Pakatan Rakyat untuk menentang projek ini. 

Mereka mengada-adakan cerita kononnya projek ini tidak selamat, pampasannya tidak mencukupi dan macam-macam lagi. Para penghasut menjanjikan untuk membatalkan projek ini jika berjaya menawan Putrajaya.

Rupanya mereka tersilap langkah, akibat kecuaian dan sikap semberono mereka. Nak cepat-cepat jadi juara rakyat lah katakan.

Menyedari kesilapan para penghasut itu sendiri, mereka kini berubah nada. Sekali pantai bah, sekali mereka berubah. Sila lihat di sini Malaysian Digest.


Kini mereka ingin mengkaji pertimbangan asas ekonomi projek ini. Mereka ingin mendengar pandangan rakyat Pengerang. Akhirnya, mereka akur bahawa warga Pengerang berhak menentukan nasib dan masa hadapan mereka.

Weii.... PR terlepas bot lagi ke?

Kelakar pula bunyinya. Adakah mereka tidak menyedari bahawa projek besar ini telah melalui pelbagai kajian samada dari segi kebolehlaksanaan, keberkesanan, keuntungan negara dan rakyat, keselamatan, environmen, sisa toksik, daya majunya, peluang pekerjaan, infrastruktur dan sebagainya. Baca dan lihat pelbagai laporan yang boleh didapati dari Petronas. 

Jangan jadi bersikap malas tetapi melalak sana dan sini.

Ternyata kaum penghasut Pakatan Rakyat mengamalkan politik bodoh semberono. Mereka sengaja memperbesarkan sesuatu isu dan menimbulkan kontroversi agar mereka dilihat memperjuangkan kepentingan rakyat. 

Walaupun tiada isu, pakar rekacipta mereka akan uli, canai dan adun sehingga menjadi seolah-olah ada isu. Kemudian isu ciptaan ini akan dihangat supaya terbentuk satu krisis yang digembar-gemburkan sebagai malapetaka negara.

Inilah stail mainan politik bodoh dan semberono Pakatan Rakyat. Mereka sentiasa menabur bibit-bibit kebencian dan perpecahan antara rakyat demi politik mereka. 

Sukacita dimaklumkan bahawa rakyat sudah bosan dan jelek dengan cara Pakatan Rakyat. Kini rakyat telah menyedari bahawa Pakatan Rakyat hanya tin kosong. Hanya paku dulang paku serpih. 

Cukup-cukuplah. Hentikanlah kegilaan semberono ini. Kami dah benci!

Cilakak! Bikin tak serupa cakap.


No comments:

Post a Comment



Your Feedback Is Always Appreciated.

Please do not spam, spam comments will be deleted immediately upon my review.

Regards

Mikka Adam
Back To Home