Wednesday 3 October 2012

YB Buta Hati Atau Membabi Buta?


Malang sekali masih ada yang buta perut yang tidak faham maksud sebenar sesuatu ayat. Mereka ini bukan budak tadika tetapi adalah ahli politik 'matang dan profesional' bergelar YB wakil rakyat.

Kali ini ucapan YAB Perdana Menteri telah disalahertikan. Inilah yang disebut oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapannya ketika menyambut Hari Wanita Kebangsaan ke 50:

"Wanita di Malaysia berbeza dengan di negara lain. Tak perlu berjuang hak wanita sebagai satu pergerakan sebab kita dari awal dah iktiraf kesaksamaan hak wanita dalam negara.

"Hak mengundi, wanita diberi hak dengan lelaki pada waktu sama, tak dinafikan. Sesetengah negara maju lelaki mengundi lebih awal dari wanita (tetapi) tidak di Malaysia," katanya.

 "Sama juga (dalam) pendidikan. Kejayaan wanita dah diketahui umum. Sampai lelaki disebut sebagai spesis terancam," katanya. Dipetik dari Malaysiakini klik sini. Sila baca hingga akhir agar dapat maksud sebenar, jangan ambil separuh-separuh ikut suka hati.

Mari kita lihat maksud sebenar, jika kita sudi menggunakan akal fikiran dengan berlapang dada dan tidak berprasangka buruk, apalagi berniat keji untuk menaikkan kebencian sesama rakyat:
"Hak-hak wanita di Malaysia terjamin baik dan sehingga ada kejayaan dan pencapaian kaum wanita melebihi kaum lelaki di sesetengah bidang disebabkan pengiktirafan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada wanita. Sampaikan ada kaum lelaki pula yang merasakan wanita telah diberikan terlebih 'hak, pengiktarafan dan pertolongan'.

Apa saja wanita perlukan pertolongan dari segi hak dan kemudahan, telah sedia ada satu mekanisma yang cekap dan berkesan sehingga wanita tidak perlu lagi berjuang bermati-matian untuk menuntut hak mereka. Semuanya cukup ringkas dan sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya. Aktivis wanita di Malaysia mendapat laluan yang cukup mudah, bagaikan 'baru nak minta, telah disediakan.' Bantuan, insentif dan pelbagai kemudahan untuk manfaat wanita supaya lebih berjaya, lebih cekal dan lebih berani bersaing dengan lelaki adalah mencukupi untuk setiap kategori. Mereka diberi ruang dan peluang untuk mempertahankan hak-hak mereka.

Malah dalam banyak segi, Malaysia lebih ke hadapan dalam berbanding negara membangun yang lain."

Inilah tafsir ucapan YAB Perdana Menteri yang saya yakin tujuan dan maksud sebenar PM.

Perlukah  setiap kata itu diterangkan s-a-t-u per s-a-t-u, seb-i-j-i seb-i-j-i dan menggunakan ayat seperti yang ditujukan kepada budak tadika, agar mudah faham.

Saya yakin ada 2 sebab mengapa manusia waima YB, ahli politik, ahli professor atau cerdik pandai mana sekalipun yang gagal memahami maksud sebenar sesuatu ayat. 
1. Sengaja tidak mahu faham - Golongan yang buta hati dan buta perut serta berniat jahat untuk menyebar fitnah. Nyah mereka ini.

2. Memang kurang ilmu dari segi bahasa atau kefahaman - Perlu diajar agar lebih dahulu bertanya dan lebih sensitif daripada bertindak semberono dan membabi buta supaya tiada insan yang menjadi mangsa fitnah.

Yang paling memualkan ialah ada juga mereka seperti YB Teresa Kok yang sanggup dan bangga menyiarkan dalam blognya mendesak PM berhenti dari jadi menteri. Rasa-rasanya Teresa Kok ini dalam kategori mana? Buta hati atau membabi buta?

No comments:

Post a Comment



Your Feedback Is Always Appreciated.

Please do not spam, spam comments will be deleted immediately upon my review.

Regards

Mikka Adam
Back To Home